perlembagaan pandu puteri
Perlembagaan Pandu Puteri
Matlamat
Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin, berkemahiran melalui aktiviti kokurikulum di sekolah.
Objektif
1. Melahirkan ahli yang mempunyai pengetahuan dalam kepanduan.
2. Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui program kepanduan.
3. Menampilkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni, sihat dan berguna sebagai warganegara.
Persetiaan Pandu Puteri
“Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya saya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan negara saya Malaysia, Menolong orang setiap masa dan Mematuhi undang-undang Pandu Puteri Remaja”
Undang-Undang Pandu Puteri
- Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai.
- Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia.
- Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain.
- Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan semua Pandu Puteri Remaja yang lain.
- Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan.
- Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan sentiasa memelihara alam sekitar.
- Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah
- Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun di dalam kesulitan.
- Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat.
- Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.